MASALAHNYA
ianya menjadi suatu masalah bilamana, orang yang mendengar azan tersebutpun beranggaan bahawa muadzin perlu bersuara merdu or at least boleh beralunan azannya.Sampai ke tahap orang jadi takut untuk azan.Sebab apa?sebab takut suara tak sedap. Keadaan menjadi lebih ketara bilamana muadzin tidak kelihatan. Ah mulalah perangai 'engkaulah buat,aku segan' sampai kengkadang setengah jam menunggu untuk orang azan, walhal bukannya tak ada orang kat situ. What happened to malaysia?kalau kat tempat aku belajar tu, khatib akan suruh je sesiapapun yang ada kat depan dia untuk laungkan azan.Tak ada pula orang tu decline offer khatib tu. Ingat ya, suara merdu bukanlah menjadi syarat untuk azan.
Ah tu bab azan, lagi satu, penyakit takut nak berdiri kat saf belakang imam,waktu solat biasa khasnya. Selagi tak ada orang isi tempat kosong belakang imam tu selagi tu la diaorang akan tunggu kat saf2 terbelakang. Tak tahulah,tapi aku rasa sebab diaorang takut imam tu terkentut, dan kemudiannya diaorang yang kena jadi imam gantikan imam yang asal.Eh come on lah..sepanjang aku hidup ni tak pernah la pula aku tengok imam terkentut, nah kenapa nak takut sangat??
masih banyak yang perlu dibaiki...
bila suruh jadi imam solat bkn main usaha utk tolak,dgn mcm2 alasan...tapi bila bab bercouple,x terlintas ke tanggungjawab mengimamkan keluarga pula? kita ni tak berfikir panjang agaknya...
ReplyDeletehah betul2.bab nak jadi imam gelabah, bile couple x trase lak bebanan yg dtg bersamanya,manusia2...
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletebetul tu.
mungkin sebab sudah sekian lama kita dilatih untuk jadi pasif. bangsa yang terjajah. segala benda kita dipimpin, kita tidak pernah memimpin.
moga Allah bantu usaha kita semua melahirkan umat Islam yang aktif dan bercirikan khalifah sejati inshaAllah.
1) Sebab di Malaysia, jawatan imam dan bilal masjid, selalunya ada elaun. Jadi orang tu dah ada elaun, kena la bagi dia azan. kalau tak, gaji buta namanya. Macam mana dia nak makan duit tu? Tapi kalau dia datang lambat, memang tak patut aaa, pasal dia dapat elaun.
ReplyDelete2) Mungkin orang segan, sebab tak sedar betapa besar pahala jadi muazzin, dan tak tau kenapa kena azan. Kalau kat UK, brother pakistani, kat carpark pun dia azan.
3) Sebab nak duduk di belakang imam, ada beberapa syarat tak rasmi: Berpakaian ala imam, regular masjid. Jadi kalau kita yang jenis sempoi2 pakai tshirt ke, nanti kena pandang semacam je dengan pakcik2. Tu yang malas n stress gak tu. Melainkan di surau tempat aku, yang aku dah jadi imam. Jadi kalau pakai tshirt pun, orang tetap suruh jadi imam gak.
Budaya melayu ni subtle sebenarnya. Banyak tersurat dan tersirat