Friday, 11 June 2010

Ku Harap Ada Yang Mengerti

aku sudah tidak sanggup lagi,
menempuh jalan begini,
bukannya tiada solusi,
akan tetapi begitu sedikit yang mengerti,
malah ramai tidak ambil peduli,
hanya tuhan sahaja yang memahami,
apa yang terkandung di hati,
hanya padaMu ku neminta bantuan,
mohon dipermudahkan,
tuhan bantulah diri ini,
aku mahu berhenti,
Aku sudah tidak mahu lagi!,
tidak mahu lagi langkah kiri,
hanya satu yang ku harap,
agar ada yang mengerti,
apa yang ku maksudkan ini,
aku sudah tidak mampu lagi,
menempuhnya sendiri,
sudah banyak kali ku luahkan,
tetapi kenapa tiada yang angkat tangan?,
isyarat sedia memberi bantuan,
tuhan berikanlah daku kekuatan,
bukakanlah pintu 'jalan penyelesaian',
supaya hatiku aman,
moga keputusanku dapat menjaga iman,
dan diringankan beban,
daku tahu impian ini sukar untuk direalisasikan,
namun memang ini sahajalah yang daku nampak mampu menjaga diriku,
aku tidak mahu mempunyai hati yang berpenyakit,
aku tidak mahu luaran cerah hakikatnya dalam masih mendung,
saat waktu Dikau tunjukkan 'jalan penyelesaian'nya,
daku risau,daku sudah serik berdosa,
namun diri ini lemah,
mudah mendengar hasutan syaitan,
pasti mengulangi kesalahan yang sama,
sebab itulah daku memerlukan 'jalan penyelesaian',
Ku Harap Ada Yang Mengerti.

12 comments:

  1. 1st...soklan yang same...nape??
    2nd...hmm,...aku suke..ko tulis sendiri??

    ReplyDelete
  2. mulan n oyop, hehehe jwpn kpd soklan korg adlh rahsie,hanye org yg mengerti shj akn fhm ape yg ak maksudkn

    yup ak tulis sndri,nk autograf ke??

    ReplyDelete
  3. Meh la aku tolong slow talk kan dengan your mum. Hehe.

    ReplyDelete
  4. sedih la plak bc entry ko ni bro
    sobs

    ReplyDelete
  5. sape yg mnghalang impian ko,bro....?
    da cbe ckp ngan mak blom?

    ReplyDelete
  6. jap,sape mannasy ni hehehe.org yg mmbace pon leh sedih,ape tah lg org yg mnulis hehehe.

    ReplyDelete
  7. x sangka..ada juga tertumpahnya kuah ayah kt kamu..sdap puisi ni,menggambarkan dalamnya penghayatan si penulis

    ~

    bukan tidak ada yang sudi mengerti,
    tetapi yang sudi ini memilih untuk menguatkan si empunya diri,
    kerana lebih dulu menyedari realiti bukan semudah yang diimpi..

    PERCAYA itu kunci hati,
    andai diizinkan Tuhan Pencipta hati,
    pasti dipermudahkan segala yang dicari,
    mungkin saja belum tiba masa yang dinanti..

    sabarlah dan berbaik sangka dengan semua yang di kanan dan kiri,
    yang berlaku ini bukan sia-sia dan tidak sedikit pun rugi,
    zahirnya urusan manusia hakikatnya caturan Ilahi,
    Tuhan sediakan semuanya sebagai penguat diri,
    lulus yang ini akan naik tangga yang lebih tinggi..

    ReplyDelete
  8. hanya yakin kpd PERCAYA tidak dpt membawa kita ke mana2.hakikatnya telah diceritakan berkali2 dlm ketika cinta bertasbih.berkali2 hero mengorak langkah,berkali jugalah dia tumpas,sampailah akhirnya berjaya.perlu ade tindakan dari segi sunnatullah,dan bkn hanya berharap kpd syariatullah,PERCAYA.

    ReplyDelete
  9. anonymous di atas : PERCAYA di'highlight'kn kerana percayalah yang mendorong manusia untuk terus berusaha dan tidak berputus asa..tanpa PERCAYA manusia tidak mengimani ada lagi harapan untuk kebaikan setelah gagal mendapatkan apa yang dimahukan..dan PERCAYA jugalah yang membuka laluan kepada alternatif B andai A tidak diperolehi..terpulang pada diri untuk mentafsir

    ReplyDelete
  10. bile nk kahwin ni bro??? hehe

    ReplyDelete