Saturday 7 January 2012

901~ pandangan sepintas lalu

Dunia menghitung hari, tertanya-tanya apa yang akan terjadi pada tarikh keramat 9 Januari 2012 saat keputusan mahkamah berhubung dengan kes liwat DSAI dibacakan.

Ramai dilihat bakal berhimpun di kawasan parking Mahkamah Tinggi setelah mendapat kelulusan polis KL untuk berhimpun walaupun realiti tidak meyakinkan aku bahawa pihak penganjur demonstrasi 901 dapat mengawal nasib demonstrasi tersebut. Syarat yang begitu ketat dan rigid, dilihat seolah-olah lebih kepada mahu menjerat dan bukan untuk mengawal, tapi tak apa, itu bukan point aku menulis. Kalau berminat boleh baca syarat-syarat penuh di sini http://semutmalaysia.blogspot.com/2012/01/901-ketua-polis-kl-setuju-tanpa-syarat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SemutDanPapanKekunci+%28semut+dan+papan+kekunci%29&utm_content=FaceBook

Apa yang cuba penulis mahu kita sama-sama renung adalah berkenaan dengan implikasi kepada keputusan yang bakal dibacakan.

Senario-senario yang mungkin berlaku:

1) Kalau Anwar menang kes. Alamatnya, semua rakyat akan berdengus, ada yang marah kenapa dibebaskan 'Anwar yang tidak bermoral ini'?. Ada pula yang akan kata, lihat kerajaan sekarang sudah tidak bias seperti dahulu, kerajaan sekarang lebih adil dan tidak mengawal keputusan mahkamah, apa lagi jom la undi kerajaan sekarang yang lebih adil!. Tidak kurang pula yang akan berkata, inilah buktinya bahawa selama ini hanyalah konspirasi murahan kerajaan untuk merobek dan memburukkan imej politik Anwar. Ini tidak patut berakhir disini, jom teruskan dengan mengguling kerajaan yang sedia ada sekarang kerana terbukti yang mereka akan guna segala apa cara untuk membunuh pihak lawan termasuklah menuduh musuh mereka meliwat.

2) Kalau Anwar kalah pula. Yahoo, si 'agen yahudi' ini masuk penjara juga, selamat Malaysia macam ini, yes!. Kedengaran pula suara, 'Apa Anwar kalah?! Jom kita rancang rally reformasi 2.0 pula!. Dan berbagai lagi respon-respon yang akan keluar, tidak kurang pula mereka yang tidak langsung mengambil kisah tentang polemik arus politik tanah air sekarang.

Pokoknya, manusia mempunyai pandang sisi yang berbeza, ada yang seteru dengan kita, ada pula yang tidak. Apa yang aku rasa akan berlaku?


TERJERUT OLEH PERANGKAP SENDIRI

a)Kalau DSAI dipenjarakan

- PR akan perlu cari defactor baru untuk menjadi peneraju utama antara tiga-tiga komponen besar pakatannya. Tapi aku yakin, berundurnya DSAI dari arena politik tidak akan meruntuhkan kebangkitan rakyat yang dicanang-canang oleh PR. Peranan Anwar dilihat hanya tinggal sipi-sipi sahaja, objektif utamanya adalah semasa menyatukan PR dibawah satu bendara yang sama suatu ketika dahulu saat hudud masih lagi menjadi pemisah antara DAP dan PAS. Sekarang tidak seperti dahulu, kesepakatan dan kefahaman berkenaan dengan pendirian dan prinsip parti masing-masing cukup difahami oleh ketiga-tiga komponen PR. Sekarang, agenda utama parti masing-masing bisa diketepikan buat seketika waktu bagi menghadapi musuh utama yang lebih penting. Konsep 1Malaysia, PR dahulu yang praktikkan.

- BN dilihat terjerut oleh perangkap sendiri. Kebarangkalian berkurang undi yang memihak kepada mereka meningkat, kerana keyakinan rakyat secara amnya dilihat mulai goyah dengan cara pengendalian mahkamah pengadilan sekarang. Bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah dan disebarluaskan oleh malaysiakini dan beberapa lagi sumber media yang lain, tidak betul-betul meyakinkan bahawa Anwar bersalah seratus peratus. Isu berkenaan tarikh dan cerita yang bertukar-tukar yang disuarakan oleh Saiful sendiri dilihat begitu redundant antara satu sama lain. Desas-desus NFC dan keluarga Shahrizat, isu Khir Toyo yang hanya dipenjarakan setahun setelah menerima rasuah mencecah jutaan sedangkan Baharudin Ahmad dipenjarakan 4 tahun kerana menerima habuan beberapa ratus ribu dan pendedahan jujur seorang ahli politik berkenaan dengan politik wang yang berlegar dalam parti keris. Inikah keadilan yang kita semua mahukan?

- Mata-mata Antarabangsa sudah tidak boleh dipejamkan lagi. Isu yang bermula pada tahun 1999 saat revolusi gelombang reformasi pertama dahulu, sudah mula membisik-bisik kepada telinga luar akan ketidakadilan sistem negara ini. Digandakan pula dengan cetusan kebangkitan rakyat yang berkumandang di Timur Tengah. Isu 901 pasti menjadi satu terikan kepada media massa antarabangsa. Memenjarakan Anwar might not be the best option.

b)Kalau Anwar Menang

- PR akan bertambah bisanya. Penglibatan, derita dan pencapaian susuk tubuh bernama Anwar sudah lama didengari. Beliau pernah menjadi semulia insan bila dinobat sebagai Menteri Kewangan. Namanya lonjak diusia muda mengalahkan veteran-veteran lama di AGM UMNO saat pencalonan. Beliau juga pernah dihina, dihumban, ditelanjangkan dan sebagainya. Pemutihan beliau dalam arena politik pasti akan disambut baik oleh PR dan khidmatnya akan diguna pakai sehabis baik dalam menuju matlamat menawan Putrajaya.

- BN akan bertambah deritanya. Figura bernama Anwar ini sudah lama dilihat sebagai beban yang menyusahkan. Pembebasan beliau dari apa-apa keterikatan perundangan akan menyebabkan kelibat DSAI bertambah ligat. BN pasti menggaru kepala. So what to do now? To imprison or to release??? kita sama-sama tunggu keputusannya.

by :Anonymous

reposted in this blog.

Thursday 5 January 2012

Polis dan Mahasiswa, Apa Semua Ni?

Kecoh di facebook dan tweeter, isu yang hangat diperkatakan, selain daripada demonstrasi 901 yang bakal bergerak serentak dengan keputusan perbicaraan mahkamah isu liwat DSAI adalah isu perhimpunan haram bantahan mahasiswa terhadap kekangan AUKU di depan pintu utama UPSI pada malam tahun baru.

Ada yang memihak kepada tindakan polis yang dikatakan telah cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan tanpa kekerasan dengan memberi peluang untuk mahasiswa bersurai tanpa paksaan. Ada pula yang mengherdik tindakan polis yang mengasari rakan-rakan mahasiswa sehingga mengakibatkan Safwan Anang terlentang tak bermaya di hospital.

Video rakaman yang ditayangkan di youtube berjudul Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 di UPSI melihatkan detik-detik panik yang berlaku pada masa tersebut. Ada yang berkata bahawa video tersebut telah ditapis dengan mengetepikan saat insiden mahasiswa diserbu beramai-ramai oleh FRU dan polis. Barangkali benar dakwaan ini.

Ada yang menyuarakan tidak puas hati pabila demonstrasi pro-kerajaan yang diadakan pada sela masa yang lebih kurang sama tidak pula dikekang dan dikawal oleh pihak penguatkuasa polis. Barangkali benar berlaku double standard di pihak polis. Jadi, dimana kita patut berpihak?

Dimana Silapnya?!

Suka aku selaku pemerhati jauh, atas kapasiti peribadi yang tidak diomok oleh anasir luar mengajak rakan-rakan untuk pulang ke isu tersebut untuk seketika.

1) Jika diperhati video tersebut tanpa mengambil kira samada rakaman tersebut telah ditapis untuk menutup tindakan kekerasan polis atau tidak, aku melihat banyak kepincangan di dalamnya yang membuatkan aku membuat kesimpulan bahawa tidak hairanlah polis bertindak sedemikian.

2) Ada mahasiswa yang dilihat memanjat pagar dan melontarkan suara tinggi memaksa pihak UPSI membuka pagar. Pagar digegar-gegarkan tanda amarah membuak-buak. Ini ke perhimpuan aman yang diperkatakan?. Ada pula yang cuba mempertahan tindakan kurang matang mahasiswa-mahasiswa ini dengan mengatakan yang mereka berarak dengan membawa jambakan bunga di tangan, tanda 'we come in peace'. Mungkin ada yang akan argue yang tindakan segelintir tidak boleh disimpulkan mewakili semua mahasiswa yang hadir. Jawab saya, kalau anda mahu mengadakan perhimpunan dalam keadaan anda tidak yakin bahawa perhimpunan tersebut akan menjadi aman, maka lebih baik JANGAN buat perhimpunan tersebut in the first place.

3) Keranda diusung tanda tamatnya hayat AUKU. Dalam tara itu gambar YAB Najib Razak diletakkan bersebelahan dengan keranda tersebut. Tindakan yang BODOH saya perkatakan. Benar mungkin keranda itu tanda isyarat kepada AUKU dan bukan pengunduran Najib, tapi mata yang melihatnya menunujukkan mahasiswa yang hadir pada hari tersebut belum cukup matang dalam menghormati pihak lawan. Biarlah kita berselisih pendapat dalam pandangan, tetapi tetap menghomati dan menjaga jati diri pihak lawan. Anda mahu aku meletak gambar bapamu disebelah keranda? Kemudian kita nak persalahkan polis kerana mereka bertindak kasr keatas demonstran.

4) Kita kena ingat, disebalik uniform polis itu, ada insan yang jiwanya tidak berbeda dengan kita. Disebalik uniform itu, wujudnya satu susuk tubuh yang berperasan dan emosi. Mereka bukan robot, mereka manusia seperti kita. Mereka jua mempunyai pandangan politik peribadi. Kalau diasak perasaan tersebut, memang tak hairanlah tangan melayang ke muka dan terajang melayang kaki menghinggap ke badan. Siapa tidak marah kalau gambar idola mereka dipermainkan, diletak di lantai, disandarkan pada keranda. Common Sense bro!!!

5) Saya sokong kebebasan mahasiswa dalam berpolitik, tetapi perhimpunan tersebut menggambarkan mahasiswa yang hadir belum cukup matang dalam berpolitik. Berselindung pula disebalik label 'mahasiswa' kononnya mewakili suara anak muda kampus. Saya selaku mahasiswa, MALU atas tindakan teman-teman. Barangkali ada yang perlu diubah, mungkin dari segi pendekatan kita kepada demonstrasi, kematangan kita mengawal amarah dan emosi, dan adab kita menghormati pihak lawan.

Tak apa teman, namapun mahasiswakan?(baca: sedang dalam proses belajar). Masih ada banyak ruang pembaikan. Kancah pergelutan politik tidak berakhir disini. Ayuh matangkan diri dan terjun semula ke arena politik Malaysia demi menyelamat negara yang tercinta.

Kepada saudara Safwan Anang, penulis hanya mendoakan yang terbaik untukmu. Segera sembuh dari sakit wahai teman, Malaysia perlukan tenaga muda untuk terus memacu kehadapan menongkah kebobrokan dan kepincangan politik tanahair dinihari.

lots of love (and concern) from UK