Saturday 26 June 2010

Azan

Jumaat lepas menyedarkan aku pasal satu benda.Bila azan dikumandangkan.Bilal2 kat sini punyalah kuat tarik sampai kengkadang aku rasa semacam dah jadi budaya yang muadzin ni kena bersuara sedap.

MASALAHNYA
ianya menjadi suatu masalah bilamana, orang yang mendengar azan tersebutpun beranggaan bahawa muadzin perlu bersuara merdu or at least boleh beralunan azannya.Sampai ke tahap orang jadi takut untuk azan.Sebab apa?sebab takut suara tak sedap. Keadaan menjadi lebih ketara bilamana muadzin tidak kelihatan. Ah mulalah perangai 'engkaulah buat,aku segan' sampai kengkadang setengah jam menunggu untuk orang azan, walhal bukannya tak ada orang kat situ. What happened to malaysia?kalau kat tempat aku belajar tu, khatib akan suruh je sesiapapun yang ada kat depan dia untuk laungkan azan.Tak ada pula orang tu decline offer khatib tu. Ingat ya, suara merdu bukanlah menjadi syarat untuk azan.

Ah tu bab azan, lagi satu, penyakit takut nak berdiri kat saf belakang imam,waktu solat biasa khasnya. Selagi tak ada orang isi tempat kosong belakang imam tu selagi tu la diaorang akan tunggu kat saf2 terbelakang. Tak tahulah,tapi aku rasa sebab diaorang takut imam tu terkentut, dan kemudiannya diaorang yang kena jadi imam gantikan imam yang asal.Eh come on lah..sepanjang aku hidup ni tak pernah la pula aku tengok imam terkentut, nah kenapa nak takut sangat??

masih banyak yang perlu dibaiki...

Friday 11 June 2010

Ku Harap Ada Yang Mengerti

aku sudah tidak sanggup lagi,
menempuh jalan begini,
bukannya tiada solusi,
akan tetapi begitu sedikit yang mengerti,
malah ramai tidak ambil peduli,
hanya tuhan sahaja yang memahami,
apa yang terkandung di hati,
hanya padaMu ku neminta bantuan,
mohon dipermudahkan,
tuhan bantulah diri ini,
aku mahu berhenti,
Aku sudah tidak mahu lagi!,
tidak mahu lagi langkah kiri,
hanya satu yang ku harap,
agar ada yang mengerti,
apa yang ku maksudkan ini,
aku sudah tidak mampu lagi,
menempuhnya sendiri,
sudah banyak kali ku luahkan,
tetapi kenapa tiada yang angkat tangan?,
isyarat sedia memberi bantuan,
tuhan berikanlah daku kekuatan,
bukakanlah pintu 'jalan penyelesaian',
supaya hatiku aman,
moga keputusanku dapat menjaga iman,
dan diringankan beban,
daku tahu impian ini sukar untuk direalisasikan,
namun memang ini sahajalah yang daku nampak mampu menjaga diriku,
aku tidak mahu mempunyai hati yang berpenyakit,
aku tidak mahu luaran cerah hakikatnya dalam masih mendung,
saat waktu Dikau tunjukkan 'jalan penyelesaian'nya,
daku risau,daku sudah serik berdosa,
namun diri ini lemah,
mudah mendengar hasutan syaitan,
pasti mengulangi kesalahan yang sama,
sebab itulah daku memerlukan 'jalan penyelesaian',
Ku Harap Ada Yang Mengerti.