sebelum itu,RAMADHAN KAREEM kepada pembaca2 sekalian...moga2 kita keluar dari madrasah ramadhan kali ini dengan membawa pulang sekalung ijazah tanda kita berjaya harunginya dengan berjaya...ingat ya,orang berpuasa ini ada 3 peringkat:
1 puasa umum - mereka yang hanya menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, makan dan minum
2 puasa khusus - sama di atas dan ditambah dengan menahan segala pancaindera dari melakukan perkara maksiat dan mungkar
3 puasa khusus al-khusus - sama diatas serta memuasakan hati dari semua sifat mazmumah, riak, takabur etc
ok balik pada topik...
aku suka orang2 tabligh,aku suka bila dia orang selalu iktikaf di masjid, aku suka usaha dia orang yang tidak serik mengajak manusia untuk keluar menambah iman, aku suka melihat kekerapan mereka pergi sembahyang di masjid,aku suka.....
tapi...
aku hairan, aku hairan dengan cara pemakaian mereka especially orang melayu, yang entah tidak tahu mengapa bila join tabligh akan berpakaian seperti orang pakistan.korang perasan tak? kebanyakan tabligh akan berpakaian macam ni,jarang2 kita jumpa tabligh yang pakai baju melayu,bare in mind aku tengah cakap pasal tabligh melayu, ya melayu...
agaknya sebabkan mereka ini terlalu mengikut ketua mereka,ketua mereka mengikut ketua atas mereka pula yang last2 sampai ke ulama yang memulakan usaha tabligh ini...taqlid buta.sebabkan ramai individu di dalam tabligh berpakaian macam tu, yang freshers pun berusaha untuk pakai macam tu...Agaknya la...
alahai melayu,kenapa perlu berpakaian begitu?walhal yang aku tahu sunnah nabi adalah berpakaian kain putih,nah kenapa tak diutamakan sunnah?or if not kenapa tak nak pakai je baju melayu?
atau korang ada jawapan yang lagi bernas yang boleh menjelaskan fenomena ini...lontarkanlah komen ya...sekian.
over and out setelah dua bulan karat hehehe
aduhai mentaliti melayu. instead ambil intipati yg baik, pakaian jugak yg nak dijadikan isu..itupun berdasarkan assumption yg bukan2..
ReplyDeletesetuju dengan komentar di atas. dalam banyak2 hal, baju juga di ambil kira.
ReplyDeletetaqlid buta? rasanya it's not a good word to use.
bukanhkah sunnah itu apa2 yang dicakap ataupon apa yang dilaukukan oleh nabi.
tetapi imam as-syafie mengatakan bahawa sunnah fi'li mesti disampingkan dengan rasa cinta kepada nabi untuk mendapat pahala sunnah sepertimana abdullah ibn zubair.
apapun, baju bukanlah isu yang besar untuk diperbincangkan.
lah kan saya cakap,saya suka segala benda yang baik pasal mereka.bukankah itu 'ambil intipati yang baik'?
ReplyDeleteapa maksud taqlid?ajuk tanpa tahu sebab...ok lah saya tak guna taqlid,saya guna ajuk cara berpakaian tanpa tahu sebab.
ianya bukanlah isu yang besar, isu pakaian ni bukanlah sampai ke tahap saya 'benci' kepada mereka,kan saya cakap, saya cuma hairan...
memg lah anda dah cakap anda hairan, tp cara penyampaian tu menunjukkan prejudis and buruk sangka..xper lah bulan ramadhan ni..saya xnak salah tafsir niat anda buat pos mcm ni..pokok pangkal hati..selagi x bertentangan dgn ajaran islam, xperlulah nak mencetuskan kontroversi..
ReplyDeleteminta maaf sebab anonymous ataupun mengguris perasaan..tp x sanggup rasanya biarkan mentaliti2 mcm ni bercambah n menumbuhkan tunasnya dalam kalangan masyarakat kita..sekurang-kurangnya pada saya pakaian mereka itu menunjukkan sifat modest n bersesuaian dgn keadaaan..pakaian mereka is no issue! enough said
p/s: saya tiada apa-apa kaitan dgn tabligh and x bergerak dlm kumpulan ni pon..ade lah kdg2 mereka dtg kepada saya n mengajak berbuat kebaikan..itu sahaja
Seperti komen2 di atas, mungkin perkataan tabligh buta itu tidak sesuai.
ReplyDeleteMungkin mereka mengambil hadis Nabi s.a.w, seseorang itu, bersama dengan yang dia suka di akhirat nanti. Maka mereka melihat ukhuwwah sesama mereka itu satu yang manis, maka mereka cuba untuk bersama, bukan setakat di dunia, tapi di akhirat.
Dan bila kita sukakan sesuatu, maka kita ikut. Kalau pencinta siti nurhaliza ikut cara siti, pengikut david beckham dengan gaya beliau, maka pengikut tabligh ikut gaya 'naqib' mereka.
Dan bab sunnah berpakaian putih tu, sebenarnya kena baca kitab syamail. Sebenarnya, Rasulullah pakai juga warna-warna lain. Kesimpulannya, Rasulullah tidak memilih warna, jadi pakai apa yang ada. Zuhud.
Berbalik pada soal pakaian: Ya, saya juga biasa jumpa ahli tabligh berbaju melayu, kot dan sebagainya. Cuma, mungkin mereka lebih senang dengan jubah ala pakistan. Kira macam uniformlah kot. Sama macam pengikut tarekat tertentu dengan selendang di atas bahu, penyokong PAS dengan kopiah ust fadzil, etc. It creates some sense of belongingness.
Wallahua'lam. Selamat berbuka, ada masa meh la singgah rumah saya baru pindah di seremban
betul, aku setuju dengan orang2 di atas.
ReplyDeletehousemate aku pun tabligh. ahli jemaah tabligh yang kuat. selalu juge dia pakai baju pakistan/bangla. baju melayu pun dia pakai. tak apa, yang penting baju bersih, solat tak ganggu orang dek bau 'harum'. tu yang aku selalu pesan kat dia
salam.. ana prnah la join tabligh nih.. pakaian tu sbb nak menyerupai pakaian sunnah.. kata ust tabligh jubah nabi panjangnya antara separuh betis dan sbelum buku lali.. rasanya ada hadis..
ReplyDeletewallahualam.. mungkin betul mungkin salah.. so kenala siasat.. hujurat ayat 6.. =)