Saya ada seorang kawan sekolah rendah yang bernama Khubayb....Kami lompat darjah (PTS- kalau ada sesiapa yang ingat lagi la haha)..masuk ke darjah 4..masa tu saya kenal dengan abang dia pula..namanya Miqdad...pada masa tu saya berasa begitu janggal sekali,nama kedua2 sahabatku ni begitu pelik,jarang digunakan oleh melayu yang sinonim dengan nama muhamad dan ahmad..hati tidak pernah terfikir utk bertanya kepada mereka,apakah maksud atau cerita disebalik nama mereka... yang hanya bermain diminda ketika itu adalah betapa peliknya nama dia orang..dah la payah nak memorise sebab dorang guna nama yang jarang orang lain guna...
baru2 ni baru aku tahu apakah cerita disebalik nama Khubayb........(nama miqdad or cerita disebaliknya belum ku temui lagi,hehe...tak apa maybe next entry insyaallah if god wills)
CERITANYA
Selepas islam menang dalam perang badar,orang kafir quraisy terasa bengkek, bengang,tak puas hati,'beron',naik 'hangin' di atas kekalahan mereka...mereka mahukan pembalasan..REVENGE !!....Khubayb la mangsa mereka....mereka berjaya menangkap Khubayb yang berada di Mekah ketika itu,angkara pengkhianatan orang2 terdekat dengannya yang membocorkan rahsia keislaman beliau kepada kaum kafir quraisy...
Beliau di arak di bandar mekah...satu perhimpunan besar diadakan di tengah2 bandar supaya ramai2 dapat menyaksikan penyaksaan dan pembunuhan yang bakal terjadi kepada Khubayb...
Seorang pemuda yang bernama Sa'id bin Amir(kalau tak silap) adalah antara yang menyaksikan...beliau sewaktu itu adalah seorang kafir...diceritakan bagaimana Sa'id menyelit2 di tengah2 khalayak ramai sehingga beliau sampai berhadapan dengan Khubayb..ala2 'front seat audience'...
Khubayb ditanya 'last wishes'nya...beliau menjawab...
"benarkan aku utk sembahyang dua rakaah"
beliau pun menunaikan solatnya...2 rakaat...setelah selesai beliau berkata,dan quote beliau ni yang amat menyentuh hatiku,membuatkanku terfikir betapa jauhnya dan betapa kuatnya iman sahabat2 nabi dulu...betapa kuatnya pergantungan mereka kepada Allah taala,betapa tidak gentarnya mereka menghadapi musuh2 islam,beliau berkata,
"kalau bukan kerana kamu(quraisy) akan kata aku sengaja memanjangkan solat kerana takut akan mati,pasti aku sudah akan memanjangkan solatku.."
Bayangkan,disaat2 akhir hayat...sempat solat,dan solatnya dalam keadaan tenang,tanpa memikirkan hal dunia...cuba bayangkan pulang kita....andai kata kita berada di posisinya,mampukah kita lakukan yang sama????kuatnya keyakinan kepada Allah,subhanallah..
Berbalik pada cerita,setelah itu beliau diikat semula,dan mulalah penyeksaan ke atasnya oleh orang2 quraisy..mereka mula memotong2 body partnya,menyocok2 badannya,darah mengalir deras,bercucuran keluar tidak berhenti2....
Sebelum beliau menghenbus nafas2nya yang terakhir....beliau mendongak ke atas seraya berkata..
"ya Allah, perhitunglah jumlah mereka dan timpakanlah azabmu kepada mereka"
subhanallah sekali lagi dia bergantung harap kepada Allah !!
Kata2 beliau ini didengari oleh Sa'id...dan menjadi antara turning point baginya,apa yang berlaku kepada Sa'id? kita cerita nanti la ye,dalam entry2 berikut insyaallah..
Oh Allah kurniakanlah kami, keimanan dan keyakinan yang setaraf sahabat2 terdahulu agar kami tidak gentar atau goyah menghadapi musuh2mu,musuh dalam diri(nafsu) dan musuh luaran(kafiruun)...amin
Ambillah pengajaran daripada kisah ini...manusia semuanya memerlukan idola dalam hidupnya...pastikan kita memilih idola yang betul....bukannya idola duniawi, american idol,akademi fantasia,artis2 dan sebagainya...pilihlah idola yang akan membawakan kita dekat kepada tuhan,yang menjadi inspirasi utk kita
terus melakukan kebaikan...penuhi hati dengan kisah2 sahabat, para ambiya' dan golongan solehiin...sebagai pedoman, pengajaran dan penyuluh jalan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah...bila baca ni baru teringat rupanya dah pernah tahu ceritani cuma lupa akan wataknya, bukan lupa kerana usia tetapi lupa kerana kurang membaca agaknya, lupa kerana timbunan cerita2 yang direka...
ReplyDeletemujurlah ada yang sudi memberi pendedahan semula, teruskan menulis, mungkin bukan harini kita dapat membaca tapi tulisan ini akan kekal dan boleh di baca ramai kelak.....