Ada yang memihak kepada tindakan polis yang dikatakan telah cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan tanpa kekerasan dengan memberi peluang untuk mahasiswa bersurai tanpa paksaan. Ada pula yang mengherdik tindakan polis yang mengasari rakan-rakan mahasiswa sehingga mengakibatkan Safwan Anang terlentang tak bermaya di hospital.
Video rakaman yang ditayangkan di youtube berjudul Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 di UPSI melihatkan detik-detik panik yang berlaku pada masa tersebut. Ada yang berkata bahawa video tersebut telah ditapis dengan mengetepikan saat insiden mahasiswa diserbu beramai-ramai oleh FRU dan polis. Barangkali benar dakwaan ini.
Ada yang menyuarakan tidak puas hati pabila demonstrasi pro-kerajaan yang diadakan pada sela masa yang lebih kurang sama tidak pula dikekang dan dikawal oleh pihak penguatkuasa polis. Barangkali benar berlaku double standard di pihak polis. Jadi, dimana kita patut berpihak?
Dimana Silapnya?!
Suka aku selaku pemerhati jauh, atas kapasiti peribadi yang tidak diomok oleh anasir luar mengajak rakan-rakan untuk pulang ke isu tersebut untuk seketika.
1) Jika diperhati video tersebut tanpa mengambil kira samada rakaman tersebut telah ditapis untuk menutup tindakan kekerasan polis atau tidak, aku melihat banyak kepincangan di dalamnya yang membuatkan aku membuat kesimpulan bahawa tidak hairanlah polis bertindak sedemikian.
2) Ada mahasiswa yang dilihat memanjat pagar dan melontarkan suara tinggi memaksa pihak UPSI membuka pagar. Pagar digegar-gegarkan tanda amarah membuak-buak. Ini ke perhimpuan aman yang diperkatakan?. Ada pula yang cuba mempertahan tindakan kurang matang mahasiswa-mahasiswa ini dengan mengatakan yang mereka berarak dengan membawa jambakan bunga di tangan, tanda 'we come in peace'. Mungkin ada yang akan argue yang tindakan segelintir tidak boleh disimpulkan mewakili semua mahasiswa yang hadir. Jawab saya, kalau anda mahu mengadakan perhimpunan dalam keadaan anda tidak yakin bahawa perhimpunan tersebut akan menjadi aman, maka lebih baik JANGAN buat perhimpunan tersebut in the first place.
3) Keranda diusung tanda tamatnya hayat AUKU. Dalam tara itu gambar YAB Najib Razak diletakkan bersebelahan dengan keranda tersebut. Tindakan yang BODOH saya perkatakan. Benar mungkin keranda itu tanda isyarat kepada AUKU dan bukan pengunduran Najib, tapi mata yang melihatnya menunujukkan mahasiswa yang hadir pada hari tersebut belum cukup matang dalam menghormati pihak lawan. Biarlah kita berselisih pendapat dalam pandangan, tetapi tetap menghomati dan menjaga jati diri pihak lawan. Anda mahu aku meletak gambar bapamu disebelah keranda? Kemudian kita nak persalahkan polis kerana mereka bertindak kasr keatas demonstran.
4) Kita kena ingat, disebalik uniform polis itu, ada insan yang jiwanya tidak berbeda dengan kita. Disebalik uniform itu, wujudnya satu susuk tubuh yang berperasan dan emosi. Mereka bukan robot, mereka manusia seperti kita. Mereka jua mempunyai pandangan politik peribadi. Kalau diasak perasaan tersebut, memang tak hairanlah tangan melayang ke muka dan terajang melayang kaki menghinggap ke badan. Siapa tidak marah kalau gambar idola mereka dipermainkan, diletak di lantai, disandarkan pada keranda. Common Sense bro!!!
5) Saya sokong kebebasan mahasiswa dalam berpolitik, tetapi perhimpunan tersebut menggambarkan mahasiswa yang hadir belum cukup matang dalam berpolitik. Berselindung pula disebalik label 'mahasiswa' kononnya mewakili suara anak muda kampus. Saya selaku mahasiswa, MALU atas tindakan teman-teman. Barangkali ada yang perlu diubah, mungkin dari segi pendekatan kita kepada demonstrasi, kematangan kita mengawal amarah dan emosi, dan adab kita menghormati pihak lawan.
Tak apa teman, namapun mahasiswakan?(baca: sedang dalam proses belajar). Masih ada banyak ruang pembaikan. Kancah pergelutan politik tidak berakhir disini. Ayuh matangkan diri dan terjun semula ke arena politik Malaysia demi menyelamat negara yang tercinta.
Kepada saudara Safwan Anang, penulis hanya mendoakan yang terbaik untukmu. Segera sembuh dari sakit wahai teman, Malaysia perlukan tenaga muda untuk terus memacu kehadapan menongkah kebobrokan dan kepincangan politik tanahair dinihari.
lots of love (and concern) from UK
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete大秀视频 , 台湾聊天 , 聊天室 , 全球随机视频网 , 台湾辣妹视讯聊天室 , 台湾甜心聊天室 , 聊天室你懂的 , 真爱旅舍 , 9158多人视频 , 美女主播聊天室
ReplyDelete