Monday, 24 May 2010

Usangnya...

Haih dah lama tak menulis di blog ni.Terasa usang dan bersawang dah blog ni.maklumlah orang tengah dilanda exam,akan mata pena dari blog ni untuk sementara waktu.sebut pasal sawang ni,entah kenapa teringat dengan surah Al-Ankabut,kebetulan pun baru lepas baca...JOM KITA KUPAS ayat2 yang menyentuh bagi diriku...

29:2&3
'' Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,''Kami telah beriman,'' dan mereka tidak diuji?''
'' Dan sungguh kami telah menguji orang2 sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang2 yang benar dan orang2 yang mendustakan''

-ketahuilah bahawa tanda Allah saya dengan kita adalah,Allah lontarkan kita dengan ujian.Kalau kita tak pernah rasa kita ni tengah ditimpa ujian ketahuilah bahawa Allah telah jauh dengan kita.Nak ke Allah jauh,nak ke Allah abaikan kita??nauzubillah.bersedialah hadapi ujian2 di dalam kehidupan especially during summer ni,mata pasti tak lekang dihidang dengan minah salleh2 yang memakai baju adik2 mereka...Andai kita tewas,tumpas dengan ujian,jgn lupa untuk segera bertaubat,walaupun banyak kali kita ulangi kesilapan yang sama,jgn putus asa untuk bertaubat.Sebabnya syaitan nak kita give up dalam meminta keampunan kpd tuhan,jgn bagi syaitan menang...kita ni manusia,tipula kalau kata tidak pernah melakukan dosa,akan tetapi segeralah bertaubat moga2 tuhan mengampuni dosa kita,amin.
-Allah sentiasa akan test hamba dia dengan titik kelemahan hamba dia.kalau hamba dia jenis yang tak luak untuk menderma,jenis yang bab infak dia nombor satu,akan tetapi dia lemah dengan fitnah wanita,maka Allah akan test dia dengan wanita dan bukannya harta,vice versa.Maka perkukuhkanlah tembok yang lemah tu,moga2 Allah mempermudahkan urusan kita,amin.
29:10
'' Dan diantara manusia ada sebahagian yang berkat,'' Kami beriman kepada Allah,'' tetapi apabila dia disakiti(kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap cubaan manusia itu sebagai siksaan Allah.Dan jika datang pertolongan dari tuhanmu,nescaya mereka akan berkata,
''sesungguhnya kami bersama kamu,''Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?''

-kesimpulan dia sini,you have to walk the walk,not just talk the talk...apabila kita berkata kita beriman kepada Allah maka kita perlu bersedia untuk menerima ujian darinya...ikut kefahaman saya hujung ayat tu menjelaskan yang kita tidak boleh hanya menjadi supporter dan tengok orang lain yang buat kerja membangkitkan islam semula,sebaliknya kita perlu berada bersama,seiring memperjuangkan Al-Haq..

29:41
''Perumpaan orang3 yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat sarang.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah,sekiranya mereka mengetahui''.

-sebab kenapa surah ni dinamakan Al-Ankabut = labah-labah
-bila kita tengok sarang labah-labah,hati kita mesti terdetik ,hebatnya,lalat,semut semua serangga2 terbang pasti tersangkut kat rumah labah2 tu.cantik lak tu,kemas je bentuknya.tapi cuba kita ambil lidi dan kuis sarang tersebut,apa jadi?dengan mudahnya sarang tersebut musnah.samalah ia dengan benda2 yang kita sekutukan Allah dengannya,nampak hebat di mata kasar,tapi sebenarnya lemah,lidi sebatang pun boleh musnahkannya.



p/s; saya tahu saya bukanlah ustaz tafsir dan ini pastinya nukan tafsir akan tetapi tidak salah untuk kita ponder on the greatness of Allah's kalimah,betul tak?andai tersalah faham ayat2 diatas perbetulkanlah ye...salam...